Sunday 15 March 2015

Kisah PhD saya: Termenangis depan Dukturah Tahani

Hari ini tekad pergi ke qism nak jumpa raisah qism dukturah Tahani. Ada beberapa misi penting yg saya nak sampaikan antaranya bertanya dukturah camne madah takhtit manahij boleh bertukar tangan kepada Dr.Hamdan.

Seperti biasa suami setia menurut kemahuan saya menghantar ke jamiah dan menunggu dalam kereta dgn lubna. (Terima kasih abang. Awa sayang sangat pada abang dan lubna)

Sampai di bilik dukturah rasa lega dukturah ada di biliknya. Ketuk dan masuk dgn sopan. Ada seorang lagi staf lelaki juga. Rasa berdebar. Xkan nak minta staf lelaki tu keluar. Sy pulak xtahu staf tu doktor atau staf jabatan. Xpelah. Alang2 dah sampai cakap jelah apa yg patut.

Dipendekkan citer sy pun tanyalah dukturah kenapa madah tersebut ditukar dgn doktor Hamdan bla bla bla...Sampailah dukturah tanya ada masalah ke sebenarnya dgn pertukaran doktor utk madah takhtit manahij. Tiba2 rasa sebak dgn soalan doktor tu. Rasa sedih sangat. Lantaklah ada orang lain dalam bilik tu. Kebetulan ada sorang dukturah masuk jg nak minum kopi di bilik dukturah Tahani. Jadi ada tiga orang Arab yg menyaksikan adegan air mata sy tadi! Waaa. Malunya tapi memang sy xdpt tahan sebak.

Sy cukup stress selepas balik dr kelas dr.hamdan khamis baru ni. Stress sampai hilang mood utk membaca dan membuat segala kerja. Kejap2 sy menangis. Merungut dgn suami. Kebal suami mendengar keluhan saya. Alhamdulillah mujur ada suami dan lubna, sekurangnya saya masih rasa kuat dalam lemah.

Dukturah menghulurkan gula2 kepada saya. Waktu tu berterabur dah air mata tah kemana, mujur xde hingus saja. Dukturah hulur tisu juga. Nampak wajah tegas dukturah waktu mula2 masuk tadi berubah menjadi simpati. Malu pulak rasa tapi sy dah xkisah. Lagi pun dikturah dan semua staf situ dah sedia maklum ttg perangai dr.hamdan yg tidak disenangi oleh pelajar di setiap peringkat.

Gitu gini, sy keluar dr bilik dr.tahani dalam keadaan masih sedih lagi. Sy tidak dapat menggugurkan madah ini walaupun sy prnh ambil syllabus curriculum ketika master dulu. Dan walau pun ia hanya madah istidrakiyyah tetap tidak boleh digugurkan.

Dukturah berjanji membantu sy sekiranya sy perlu, berjanji utk bercakap dgn dr.hamdan agar lebih bersikap mesra pelajar. Berjanji utk mengikuti perkembangan sy dan memastikan semuanya baik dan berjalan lancar.Yang pasti dukturah xbagi sy drop madah ni. 

Entahlah. Sy masih meneruskan solat hajat. Suami pun turut membuat solat hajat memohon yg terbaik buat saya. Sy pun xtahu mcm mn boleh jadi sebegini lemah berhadapan dgn doktor spt dr.hamdan.

Petangnya pula lps asar kami keluar lagi ke jubayhah. Saya nak beli buku utk madah istiqso' dan singgah di rumah k.long ambil serai dan hantar bekasnya. K.long jamu nasi dan lauk-pauk yg pelbagai. Sedap sungguh. Kebetulan kami pun bawa nasi arab juga langsung sy xsentuh. Lauk-pauk yg dimasak di rumah lebih sy sukai dan menarik perhatian saya...



Sedap sungguh menjamu selera. Terima kasih bnyk k.long. Terharu rasa.

Mkn tengahari tadi sy bt kuah singgang, makan sblm pegi jamiah berjumpa dr.tahani...


Alhamdulillah ala kulli hal. Doakan sy ye rakan2.

**sy belum period lagi hari ni. Sudah sehari lewat. Tengok esok pula.

No comments:

Post a Comment

شكرا على تعليقاتك

Kenaikan pangkat..rezeki dari Allah

Alhamdulillah..ambil surat kenaikan pangkat di pejabat pendaftar dengan Syikin..rezeki kami sama2.. alhamdulillah