Friday, 20 March 2015

Saya mengandung lagi.. أنا حامل

Alhamdulillah diberi rezeki oleh Allah utk hamil anak kedua pada tahun ini. Berita gembira buat kami suami isteri dan lubna yg juga tersenyum tanpa memahami apa-apa. Kui3. Rancangnya memang tunggu sehingga sy habis kelas pada bulan Jun ini baru berkira2 utk bersalin. Alhamdulillah, Allah makbulkan hajat ini.
Period yg lewat membuatkan sy tekad menguji air kencing di rumah menggunakan alat uji hamil yg sy bawa dari malaysia tahun lepas. Hari sepatutnya uzur ialah 14/3/2015 atau lebih awal berdasarkan dari bulan Februari yg lepas ialah 14/2/2015. Memang sy xpernah lewat datang uzur walau pun sehari terutama selepas berkahwin. Biasanya akan awal sehari atau dua hari selepas beberapa bulan kekal utk satu tarikh yg sama.
Bulan lepas sy lewat dua hari uzur dan pada hari ketiga uzur sy pun datang. Bila sy baca2 pasal kehamilan rupanya period yg lewat dari tarikhnya adalah disebabkan oleh chemical pregnancy iaitu keguguran awal bagi kandungan yg tidak menjadi. Jarang wanita dapat mengenalpasti situasi ini kerana terlalu awal dan disangka darah haid lewat turun. 
Bulan ini selepas menunggu dua hari lewat tangan rasa gatal ingin menguji alat uji hamil yg dibeli. Apalagi hari ketiga lewat uzur sy dh uji air kencing seawal jam 7 pagi. Hasilnya...

Agak kabur. Dalam hati dh berbunga riang. Cuma sedikit risau sekiranya tidak menjadi spt bulan lepas. Bulan lepas kebetulan sy menjamu rakan yg datang bertandang di rumah. Jadi banyak mengangkat barang berat pinggan mangkuk dan memasak ke sana ke mari. Akhirnya petang itu jg sy uzur. Mungkin itu sudah takdir Allah. Lagipun sekiranya ia kuat ia tidak akan gugur buatlah mcm mana pun.
Ini pula test yg kedua setelah 5 hari lewat dari tarikh uzur...
Teringat kisah sblm mengetahui kehamilan anak pertama (lubna) dahulu, hampir setiap hari sy menyapu minyak halia kerana sakit senggugut. Tiga hari sebelum tarikh period sy sudah mula berasa letih. Perut memulas krn senggugut. Sengal dan bisa. Tunggu punya tunggu period xdatang juga sehingga lewat dua hari. Badan sangat lesu. Kebetulan minggu tersebut jglah sy perlu ke KL utk menduduki ujian IELTS sbgi prasyarat sambung belajar ke luar negara. Hari Rabu period yg ditunggu belum kunjung tiba. Hari khamis sy dan suami bertolak ke KL menaiki kereta dr terengganu. Hari Jumaat kami bersantai di hotel dan berehat. Hari sabtu (9/3/2012) dan ahad(10/3/2012)  sy menjalani ujian IELTS di British Council dan rupa2nya ketika itu sy rahim sy sudah berisi:)
Sekarang sy melalui fasa yg sama. Bulan yang sama iaitu Mac 2015 pula. Sekiranya dipanjangkan umurnya dan saya inshaAllah lagi dua minggu dari skrg berhajat utk membuat check-up di klinik di sini. Risau juga xtau mcm mana situasi cek kehamilan di Jordan ni. Berdebar pun ye. Klu di msia pasti lebih mudah. Klinik panel pun banyak xperlu keluarkan duit walau satu sen. Nampaknya di sini perlu peruntukkan sejumlah wang sepanjang kehamilan utk konsultasi doktor dan suplimen. Kheir inshaAllah.
Suami sy tersenyum lebar sewaktu melihat double line yg terpapar pd alat uji hamil. Pantang nampak lubna nk terjun atas perut sy mesti suami akan bg amaran. Xbagi sy angkat barang yg berat. Xbagi sy bergerak dgn kasar atau melompat2 bermain dgn lubna. Rasa mcm mengada2 pulak bila dimanjakan begini. Kihkoh. Tapi memang sy selalu kn diingatkan sbb memang sy sll terlupa. Berasa diri masih kuat padahal xtahu apa cerita kandungan di dalam. Harus lebih berhati-hati inshaAllah.
Baiklah, berikut adalah senarai yg sy mesti amalkan ketika hamil ini:
  1. Makan badam.
  2. Minum pati dilema+air+madu setiap hari.
  3. Membaca surah2 pilihan: surah Yusof (2x seminggu), Maryam(2x seminggu) dan Luqman(2x seminggu).
  4. Istiqomah melakukan solat sunat inshaAllah.
  5. Makan asid folik.
  6. Lumur minyak zaitun di perut.
Akan diupdate dr masa ke masa inshaAllah.

Amalan bacaan surah semasa ibu mengandung:
  • Baca surah Al Fatihah ( untuk terang hati dan kuat ingatan)
  • Surah Maryam (untuk memudahkan ibu bersalin dan anak yang sabar dan taat.)
  • Surah Luqman (untuk memperoleh anak yang cerdik akal dan cerdik jiwa)
  • Surah Yusuf ( untuk memperolek anak yang cantik rupa dan cantik akhlak)
  • Surah Hujurat (untuk memperoleh susu ibu yang banyak dan anak yang bersifat berhati-hati)
  • Surah Yaasin (untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat)
  • Surah At-Taubah (untuk membersih jiwa dan tidak terlibat dalam maksiat)
  • Surah an-Nahl (untuk melahirkan anak yang berdisplin)

4 comments:

  1. alhamdulilah..tahniah salwa..doakan sy pulak yek:-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih yati:)..tgh hamil jg ke?

      Delete
  2. hehe belum lagi..still waiting hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah xlama lagi lah tu yati...:)

      Delete

شكرا على تعليقاتك