Tuesday 17 March 2015

Bermalas-malasan pulak hari ini...

Lps subuh sy sambung sikit bahas utk presentation usbu' jayya. Lepas tu sambung tidur dan bangun dgn sgt lewat pulak hari ini. Suami pun smbung tidur smula lps tengok sy sambung tidur,kui2. Lubna pulak dr malam tadi mmg xbangun2. Jaguh tidur mlm paling lama ialah lubna. Kecik dulu tidur malam selalu berjaga. Bangun pulak paling awal. Skrg terbalik pulak lubna. Xpe senang keja ummi. Hihi.

Makan tenghari rs nak buat gulai daging kawah. Teringin sgt2. Sy mmg suka gulai dan kari. Jd guna baki ekor lembu yg ada dan menggulailah sy pada tengahari yg indah di Tobarbour...


Dh xnmpk rupa ekor lembu, sejam masak atas pressure cooker dn sejam lagi masak menggulai. Lembut sgt2 isinya. Ya Allah sedap betul.


Goreng ikan salmon utk lubna juga.

Resepi gulai kawah ni sy ambil di fb, mmg sgt sedap...



Hari ni rasa malas sgt xtau kenapa. Bila terfikir kelas dr.hamdan khamis ini xde perasaan nk pegi kelas.

Hari ni juga sy buat ujian kehamilan kali pertama selepas beberapa tahun yg lepas melakukannya. Saat mendapati sy hamil tahun 2012 dan selamat melahirkan lubna pada November 2012. Selepas itu sy dan suami merancang dgn sebaiknya agar sy tidak mengandung dan bersalin anak kedua ketika sy masih bergelumang dgn kelas PhD di sini. Alhamdulillah, rancangnya Jun ini sy akan menghabiskan saki-baki kelas yg ada sblm boleh mula menulis tesis inshaAllah.

Apa resultnya? Suami kata xpayah tulis lagi di blog. Kih2. Yang pasti raut wajah kegembiraan terpancar pada wajah suami sejak sy buat test pagi tadi. Tunggu lagi beberapa hari confirmkan semula kata suami. Ada rezeki inshaAllah x ke mana. Kalau tiada pun, pasti ada hikmahnya.

Ok, rs penat. Nak berehat. Rasa mengantuk je. Nak tidur awal dan bangun lewat sejak beberapa hari ni.

No comments:

Post a Comment

شكرا على تعليقاتك

Kenaikan pangkat..rezeki dari Allah

Alhamdulillah..ambil surat kenaikan pangkat di pejabat pendaftar dengan Syikin..rezeki kami sama2.. alhamdulillah