Friday 6 March 2015

Segalanya tentang kelas...

Wajibat setiap madah dah pun diperolehi pada usbu' kedua fasol thani ini. Kebanyakannya kena hantar pada minggu kelima dan ketujuh fasol. Belum masuk imtihan nisfi pada minggu kelapan dan seterusnya. Perkara paling merungsingkan saya ialah imtihan kifayah ma'rifiyyah pada minggu kesembilan fasol ini. 

Semalam sy lewat lima minit masuk kelas dukturah Tahani. Tersengih-sengih saya masuk ke kelas. Dalam hati rasa berdebar tengok muka dukturah lain macam saje. Pelajar mendaftar ada tujuh orang. Dua orang pelajar sahaja yg ada ketika saya sampai.

"Sitti, minggu lepas kamu datang awal, kenapa minggu ini sampai lewat??" Soal dukturah.

Aduh, xtau nak jawab apa. Berdebar-debar. Kelu. Akhirnya hanya senyum saja yg mampu sy balas sambil buat-buat cari tempat duduk yg sesuai.

"Selepas ini kalau kelas jam 3.30, jam 3 petang kamu harus datang...". Tambah dukturah sambil tersenyum sinis.

Keh3. Walau pun tahu dukturah melawak tapi sy tahu dia memang serius.

"Marroh jai inshaAllah...". Tiba-tiba terkeluar dari mulut saya. Tak kena langsung jawapan. Tergelak Ilham rakan Arab yg baru dikenali mendengar jawapan dari mulut saya. Malu pulak rasa.

Tak lama kemudian pelajar-pelajar yg lewat mula masuk ke kelas sorang demi sorang. Dukturah menjeling tajam. Apalagi bla, bla, bla, dukturah menyambung bebelan kepada pelajar-pelajar yg lewat. Kelat wajah masing-masing. Tak kurang yg cuba menjawab. Siapa lagi kalau bukan khitam, kihkoh. Memang dia berani. Lepas ni xleh lewat walau pun satu minit kelas dgn dukturah Tahani. 

Ok, nak solat zuhur. Sambung nanti.

-----------

Sarapan pagi hari ini...



Nasi lemak ringkas. Jam 6.40 pagi saya dah turun dapur utk memasak. Seronoknya memasak! Petang  ini nak buat roti canai makan ramai2 di rumah k.kyn, student phd di universiti yg sama dgn sy di sini. Ajak amni dan midah sekali. 

---------

Cerita petang tadi di umah k.kyn..aisyah dan lubna...


Kuah lagi bnyk dr roti canai! Ha3...


Sy bt roti canai 24 keping dan kari dalca, k.kyn siap ada stok kuah dal dan kari ikan...


Seronok!!

Makan malam pulak sy buat mee goreng. Kebetulan lubna hanya mkn roti canai petang tadi, suami pulak ckp klu dpt mee goreng mamak sedapnyelah...


Xberapa nk mamak sbb gn spagetti. Mana nk cari mee kuning kt Jordan ni. Tunggu balik msialah nnt.

No comments:

Post a Comment

شكرا على تعليقاتك

Kenaikan pangkat..rezeki dari Allah

Alhamdulillah..ambil surat kenaikan pangkat di pejabat pendaftar dengan Syikin..rezeki kami sama2.. alhamdulillah