Sunday 29 March 2015

الفحص الطبي لمتابعة الحمل الثاني لأول مرة

Kali pertama bt medical check-up utk kehamilan kedua sy di Jordan. Selepas tanya jiran2 diorg cdgkn ke iyadah dr.widad yg berdekatan. Jam 12.30 kami sampai ramai sedang menunggu. Selepas sejam baru dpt jumpa doktor. Sabar jelah. Lain kali kn dtg lebih awal inshaAllah.

Di iyadah (klinik) ini suami xdibenarkan masuk sekali. Anak2 pun xdibenarkan masuk takut menganggu tugas doktor. Enti lihalah kata staf wanita di kaunter meja. Maksudnya awak seorang je yg masuk. Rs mcm xbes je. Tapi bile dh masuk tengok dr.widad yg manis tersenyum rs hilang gementar. Xpelah. Lgpun dah ada pglmn mengandung lubna dulu. Jd xterkilan sgt suami xdpt turut bersama mendengar celoteh doktor. 

Memandangkn baru di awal kehamilan jd doktor hanya scan perut shj. Nampak kantung baby tp janin belum nampak. Berdebar pulak rasa. Kata doktor slps 2 minggu inshaAllah boleh dtg smula dan waktu tu dh boleh nmpk janin dan degupan jantungnya. Ok, kheir inshaAllah.

Scan pertama...


Harap sayang ummi dan waleed ini membesar dgn sihat ye sayang. Sihat mcm kakak lubna.

Bayaran utk consultation doktor dan scan tadi ialah sebanyak JD7 (RM35). xtaulah murah ke tidak sbb klu di msia biasa pegi klinik panel bawah UniSZA dan xperlu bayar apa2. Lebih kuranglah kot kosnya. Nampak gaya di sini memang kena peruntukkan sejumlah wang utk check-up pregnancy dan sebagainya. Belum masuk kos bersalin di hoospital swasta di sini nanti.

Balik dr klinik kami sume rs sgt lapar. Pagi tadi sblm keluar hanya mkn pisang dan air delima & madu serta badam shj. Xsangka lam pulak kn menunggu di klinik. Lain kali kn siap mkn kenyang. Jadi singgah di mat'am bashka beli bashka yg sgt sedap! Dlmnya ada hirisan ayam dan keju yg sgt sedap!


Dpn restoran bashka...suami dan lubna...


Ok, balik umah sy teringin makan kuah singgang. Skrg tekak rs nak mkn yg sup2 je...


Sekor ikan kembung je sy masak utk kuah singgang khas tuk sy.

Suami dn lubna mkn nasi dgn ayam panggang arab dan lebihan lauk kerutuk daging smlm. Sy xlalu nk makan lauk kerutuk. Pelik jugak mengandung kali ini. Ini rezeki kami smlm, lauk kerutuk sikit je sy sentuh. Telur dadar dan sayur suami yg goreng...


Oh, smlm kami mengemas bilik tidur lagi. Suka sgt bila suami sebut nk ubah kedudukan meja komputer dan lain2. Sy sukakan suasana yg baru rs lebih segar dan tidak membosankan. Sy xsuka hidup dlm rutin yg sama, suasana yg sama. Cukup beberapa tempoh sy akan bosan dan mencari kelainan. Atas sbb itulah sy memilih belajar di sini, jauh dr tanah air. Mahu keluar dr kepompong dan rutin yg sama. Kdg2 suka mencabar diri spy jadi lebih kuat utk masa akan datang inshaAllah...

Kedudukan meja belajar baru ummi...


Sekiranya tiada aral, sy merancang utk bersalin di Jordan juga. Suami pun ok sj. Di mana2 pun boleh. Kereta pun dh ada. Mau merasa pengalaman check-up di klinik Arab di sini. Nanti boleh tahu & bt perbandingan dgn di Malaysia. Mahu tambah vocab istilah perubatan dlm b.arab jg inshaAllah. Pdhl tadi jumpa doktor bnyk ckp b.inggers dr b.arab, cehhh. 

Ok, nak berehat. Presentation berderet2 tiap minggu! Imtihan kafaah lg 3 minggu. Imtihan nisfi pun sama menyelit pd minggu yg sama! Teruk betul!

No comments:

Post a Comment

شكرا على تعليقاتك

Kenaikan pangkat..rezeki dari Allah

Alhamdulillah..ambil surat kenaikan pangkat di pejabat pendaftar dengan Syikin..rezeki kami sama2.. alhamdulillah