Wednesday 30 March 2016

Hantar hamidah & amni

Malam tadi kami bersama rombongan pelajar di Jordan mengiringi midah dan amni yang pulang ke Malayisia for good. Di mator queen alia...



Sekejap saje terasa masa berlalu. Harapnya awal tahun depan kami akan pulang for good dan saya mengenggam syahadah dukturah inshaAllah.

Ini tesis saya. Haha. Bukanlah. Ini tesis yang saya pinjam dari musyrif. Tesis bekas pelajar bawah seliaannya...


Saje nak tengok gaya penulisan yang sepatutnya.

Tengahari semalam bawa nasi bungkus ke rumah midah makan sama-sama...


Sy masak kari ayam, sayur kobis goreng, begedil, acar buah, sambal belacan. Tuan rumah tambah sambal tumis dan ikan bilis goreng nyakut molek org kelate kata. Betul ke? Keh2. Makan bersama buat kali terakhir di bumi Jordan dengan midah dan amni. Baca blog ini tahun-tahun mendatang saya pasti menangis dan rindukan segala ketenangan di sini.

Beberapa hari ni fokus tesis terganggu. Pertemuan dengan adik2 HEWI Amman dan sibuk merancang program talk dgn Dr. Raihanah. Sorang ahli saje boleh menghuru-harakan rancangan. Elok semua setuju tiba-tiba datang mencadangkan yang lain. Sudahlah datang lewat perbincangan, cadang pula yang bertentangan, rungut beberapa ahli mensyuarat whatsapp.

Dalam hati selalu tekad untuk habiskan PhD ini secepat yang mungkin. Tapi bila terkenangkan habis PhD perlu segera masuk bekerja, hati jadi tawar semula. Entah apa mehnah dan tribulasi alam pekerjaan apabila sudah ada PhD nanti. Paling benci sekiranya perlu menghadapi suasana persekitaran dengan rakan sekerja yang punya sikap negatif. Mungkin perlu lebih banyak isolatekan diri nanti dan berhati-hati memilih rakan untuk team work. Fokus pada mengajar dan menulis inshaAllah.

Selasa baru ni sempat saya menghantar draf adawat dirosah yang telah dibaiki pada dr.kilani. Harapnya cepatlah proses musyrif menyemak. Lagi dua bulan sebelum pulang ke malaysia untuk collcet data. Perlu mula menulis draf fasol 4 & 5 mana yang boleh.

4 comments:

  1. 2018, kami menanti kepulangan Dukturah Salwa inshaAllah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 2017 kami perlu pulang firdaus inshaAllah..huhuhu

      Delete
  2. Ye ke, ingat 2018. Dah tak lama la. Khayr inshaAllah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak sampai setahun lagi...Harapnya dapatlah siapkan on time inshaAllah. Doakan ye firdaus..!

      Delete

شكرا على تعليقاتك

Servis expander

Servis expander utk 30000km. Harga lebih dari est cost. Patut orang cakap harga makin naik. Kos servis kali ni RM489.